Rabu, 7 Oktober 2009

LEMANG OH LEMANG

Pada 19 September 2009, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri...Pak mertua dan Mak mertua sibuk menyediakan persiapan lemang kat dapur belakang rumah. Api sudah sedia, anak saya Jeha dan Aisy menyibukkan diri dengan mengangkat lemang untuk dibakar dan menyerahkan kepada atuknya.

Saya lihat wajah anak-anak saya, berkata di dalam hati...gembiranya mereka, sebab ini adalah pengalaman pertama anak-anak saya membakar lemang bersama atuk mereka. Pada tahun lepas dan tahun 2007, kami beraya kat Sabah. So acara membakar lemang tidak pernah kami buat di Sabah, sebabnya emak saya sudah menyediakan hidangan "lAMBAN" iaitu beras pulut yang digulung di dalam daun salat. Rasa lebih kurang dengan lemang, cuma lemang dibakar, tapi lamban direbus. Cara makannya sama sahaja..cuma kami menggunakan kuah kacang (satey) dan rendang ayam atau daging. Makan lemang cuma dimakan dengan rendang daging.





Siapa kata orang Sabah tidak pandai membakar lemang..eheheheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan