Rabu, 7 Oktober 2009

KENANGAN PAHIT 2 HARI SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI

Pada 18 September 2009 yang lalu, saya dan isteri srta anak-anak berangkat balik ke Semenanjung dengan berlepas dari KKIA jam 11.00 pagi dan tiba di KLIA jam 2.00 petang. Tiba di sana, kelihatan kalibat Apik (anak buah saya) sedang menunggu ketibaan kami. Dia join sekali beraya di kampung isteri di Kg.Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Anak buah saya ini sedang belajar di ALAM Terangganu...bakal jurutera enjin kapal laut katakan...insyaallah.

Di KLIA kami keluar melalui pintu no 2, di tepi jalan kelihatan adik ipar saya iaitu Ijam sedang menenti dengan kereta wajanya. Setelah semua barang-barang yang kami bawa masuk, maka kamipun bergerak balik ke kampung. Dalam perjalanan suasana di jalan raya nampaknya sesak, walaupun lorong jalan sudah ditambah menjadi 3 lorong. Ketika itu saya dan isteri serta anak-anak duduk dibahagian belakang. Perasaan ketika itu seronok dan letih sebab perjalanan yang jauh. Dalam perjalanan saya tertidur...sedar-sedar kereta waja adik ipar saya berhenti.Ingatkan dah sampai kat kampung, rupa-rupanya terhenti secara tiba-tiba ditepi lebuhraya iaitu di Batu 22 (15 minit lagi sampai ke Tol Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka).

Perasaan ketika itu..risau dan takut. Sebab kenderaan yang lalu lalang ketika itu seperti nak berlumba...kecil besar..semuanya ada. Dengan rasa terpaksa maka sayapun keluar..saya suruh adik ipar hidupkan enjin, malangnya...mengikut pengalaman saya, bunyi krikkkkkkk dalam enjin adalah disebabkan tali sawat ( timingbelt ) terputus. Selang beberapa minit...datang peronda PLUS. Saya tengok mereka ini juga takut untuk keluar dari kenderaan ketika itu...sebab kenderaan terlalu banyak dan laju. Mereka mula memeriksa kenderaan kami dan mencadangkan untuk menunda ke tempat yang selamat iaitu di Tol Simpang Empat. Sampai di sana, saya telah membuat temujanji dengan pemilik bengkel kenderaan yang bernama Meng. Setelah dipersetujui syaratnya, maka kenderaan kami ditunda kebengkel beliau yang memakan masa perjalanan 20 minit.
Nak di jadikan cerita...kami terkandas di Bengkel tersebut dari jam 3.30 petang hingga 11.00 malam, hampir 6 jam dan terbuang duit sebanyak RM1300.00 serta anak-anak saya dah mula lapar, tak selesa, boring dan meragam.

Moralnya di sini..sentiasalah memeriksa keadaan kenderaan anda, kalau tidak...apa yang berlaku kepada kami ini tidak mustahil akan menimpa anda. Fikir-fikirkan leeee...Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir & Batin.

Nota : Terima kasih kepada 2 orang peronda PLUS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan