Khamis, 10 September 2009

Programku 2 Hari Di Kg.Pinambawan, Tuaran pada Julai 2009.


Program ini adalah merupakan Bengkel Pelan Tindakan Desa yang kami rancang khas untuk Kg.Pinambawan, Tuaran bagi penyediaan Pelan Tindakan Desa dan Perancangan Projek terus dari peringkat akar umbi.












Perjalan ke kampung ini memakan masa 45 dari KK dan 30 minit dari jeti serta sangat mencabar kerana kami terpaksa melalui tasik @ muara sungai Pinambawan dengan menaiki bot untuk sampai ke kampung tersebut. So apa lagi...seronokle kami....tapi sg ini dikatakan dihuni oleh sang bedal...kecut perut kami dibuatnya. Demi tugas..apa nak buat. Doa ajelah...eheheh




Syukur...akhirnya program kami di kg. ini berjalan dengan lancarnya seperti yang dirancangkan. Itupun berkat bantuan JKKK Kg.Pinambawan...terima kasih kami ucapkan terutamanya En.Jukal serta ahli-ahlinya.Tampa anda siapale kami..


Pegawai terlibat En.Hashim & keluarga, Puan Felecia, Puan Emi, Bro Fian dan Bro Mardin.

Penginapan Kami;

Resort Penimbawan, Tuaran menawarkan harga bilik dari RM50 ke RM80 dan penginapan kami di taja oleh JKKK. Resort ini adalah merupakan tempat yang paling sesuai untuk memancing. Antara ikan yang pernah di naikkan di sini seperti siakap merah, selunsung,pari,ikan merah laut, kerapu dan sebagainya. So jangan ketinggalan...cuba-cubale nasib anda di sini....sebab saya sudah menaikkan ikan belanak di sini.


Kalau nak memancing..inilah orang yang boleh membantu anda. Beliau merupakan mantan guru dan sekarang beliau adalah merupakan botman sepenuh masa. Kalau nak jumpa cari saja beliau di pengkalan bot sg.Penimbawan.



Bukti ikan belanak yang saya pancing menggunakan umpan udang kertas dan roti.Ketika itu saya cuma berjaya menaikkan 3 ekor manakala 1 ekor terlepas. Dan Bro Mardin tidak berjaya menaikkan ikan belanak walaupun ikan tersebut sudah memakan umpan beliau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan