Isnin, 14 September 2009

KENANGAN 3 HARI AKU DI KINABATANGAN











Pada bulan Mei lepas, saya telah di arah oleh bos untuk mewakili INFRA bagi pemeriksaan rumah bakal peserta HOMESTAY di 3 buah kampung iaitu Kg.Sukau, Kg.Bilit dan Kg.Batu Putih, Kinabatangan, Sandakan, Sabah yang di anjurkan oleh Kementerian Pelancongan Negeri Sabah.

Pemeriksaan ini diketuai oleh En.Justin dari Kem.Pelancongan dan ahlinya saya, Pn.Aina (Kem.Pelancongan), En.Ali (JKNS) dan En.Dahlan (Pej.Daerah Kinabatangan). Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana persediaan para bakal peserta homestay bagi menerima pelancong sama ada dari aspek kebersihan rumah, bilik tidur, tandas / bilik mandi dan makanan.

Pemeriksaan ini akhirnya akan membawa rumah bakal peserta homestay diiktiraf oleh Kem.Pelancongan Malaysia dalam menjalankan aktiviti pelancongan secara sah dan berlesen.Sebanyak 47 buah rumah telah kami periksa dan ternyata sebilangan rumah masih ditahap perlu diperbaiki dari aspek tandas terutamanya bagi Kg.Sukau dan Kg.Bilit.


Penilaian yang kami buat di dalam rumah salah seorang peserta homestay Kg.Sukau




Okkan Bro?



Apa lagi Bro...syokkkkkk...nya....naik bot. Ini adalah merupakan kali pertama seumur hidupku merentasi perut sungai Kinabatangan yang terpanjang di Sabah dan Asia.





Panas ke Bro?...eheheh
Ada BUAYA KE BRO....ada, kaule bauaya darat...eheheh
Jangan mare...



Tahniah saya ucapkan kepada KOPEL, iaitu sebuah Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Bhd. kerana berjaya menyediakan dana untuk pembinaan tandas rumah bagi peserta homestay yang telah dikenalpasti dan mereka ini juga telah berjaya dalam pemeriksaan kesihatan.










Meeting ke...atau mengumpat..kahkahkah!!!
Pemeriksaan ini telah banyak mengajar saya apa erti merebut perluang dalam membangunkan ekonomi keluarga berdasarkan apa yang ada pada diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan kampung yang kita tinggal. Semuanya boleh buat duit....mamat....eheheh. Jangan ketinggalan rugiiiiiiiiiiiii...tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan