
Sudah mencecah 5 tahun saya berumah tangga...dan mempunyai 2 cahaya mata. Pengalaman takbir di malam raya adalah pengalaman pertama semasa saya baru kahwin dengan isteri saya. Sekarang ini, saya sudah biasa..kalau tiba malam raya, selalunya saya akan berjaga untuk menunggu jiran dan orang kampung datang kerumah untuk takbir beramai-ramai. Selepas bertakbir...imam akan membacakan doa kepada yang sudah tiada...amin. Takbir rumah ke rumah ini saya anggap ianya satu budaya yang perlu dikekalkan serta diperluaskan seluruh Malaysia. Kerana budaya takbir rumah ke rumah ini akan memeriah

kan serta merapatkan sillaturahim antara jiran dengan jiran dan masyarakat kampung itu sendiri. Orang jauh dirapat-rapatkan dan orang dekat did

ekati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan