Pemeriksaan ini diketuai oleh En.Justin dari Kem.Pelancongan dan ahlinya saya, Pn.Aina (Kem.Pelancongan), En.Ali (JKNS) dan En.Dahlan (Pej.Daerah Kinabatangan). Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana persediaan para bakal peserta homestay bagi menerima pelancong sama ada dari aspek kebersihan rumah, bilik tidur, tandas / bilik mandi dan makanan.
Pemeriksaan ini akhirnya akan membawa rumah bakal peserta homestay diiktiraf oleh Kem.Pelancongan Malaysia dalam menjalankan aktiviti pelancongan secara sah dan berlesen.Sebanyak 47 buah rumah telah kami periksa dan ternyata sebilangan rumah masih ditahap perlu diperbaiki dari aspek tandas terutamanya bagi Kg.Sukau dan Kg.Bilit.
Apa lagi
Panas ke Bro?...eheheh
Ada BUAYA KE BRO....ada, kaule bauaya darat...eheheh
Ada BUAYA KE BRO....ada, kaule bauaya darat...eheheh
Jangan mare...
Tahniah saya ucapkan kepada KOPEL, iaitu sebuah Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Bhd. kerana berjaya menyediakan dana untuk pembinaan tandas rumah bagi peserta homestay yang telah dikenalpasti dan mereka ini juga telah berjaya dalam pem
eriksaan kesihatan.
Meeting ke...atau mengumpat..kahkahkah!!!
Pemeriksaan ini telah banyak mengajar saya apa erti merebut perluang dalam membangunkan ekonomi keluarga berdasarkan apa yang ada pada diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan kampung yang kita tinggal. Semuanya boleh buat duit....mamat....eheheh. Jangan ketinggalan rugiiiiiiiiiiiii...tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan