Khamis, 8 Oktober 2009

MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KELUARGA ISTERI

Tarikh 20hb.Sept.2009, hari yang dinanti telah tiba...iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malam sebelumtu, pengumuman lewat dibuat oleh mohor-mohor besar raja-raja...tapi ramai sudah tahu bahawa sambutan raya jatuh pada hari ahad. Sebabnya ASTRO banyak menayangkan program-program sambutan raya.

Nak dijadikan cerita....malamtu saya merasakan sayu dan sedih, bukan kerana berjauhan dengan ibubapa dan adik-beradik...tapi mengenangkan bulan ramadan sudah berakhir. Bertanya dalam hati..adakah puasa tahun depan masih bersama saya atau sebaliknya....insyaAllah. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan rezeki...amin. Tahun ni kami marayakan hari yang mulia ini dengan bersedarhana tapi meriah...sebabnya semua keluarga isteri saya ada berkumpul dan di tambah lagi dengan kehadiran anak buah saya iaitu saudara apik (kini belajar di ALAM Terengganu). Jadi perasaan sunyitu tak terasa sangat...dalam dunia yang semakin canggih ni...kita boleh berhubung dengan keluarga yang jauh di Negeri Bawah Bayu @ Sabah seperti dekat aje. Apa yang penting...ongkosnya mesti ada....ehehehe.

Pagi raya, biasale....mandi sunat raya, solat kat masjid Batang Rokan, ziarah kubur dan ziarah keluarga terdekat mertua sekitar Gemencheh. Hari raya ke 2, macam biasa...pergi ziarah rumah Pak Long (Kat Felda Palong 2) dan lepastu g rumah saudara saya iaitu Marsih (kat Batang Rokan Utara)..diapun dah jadi orang Nogori....eheheh, makan lomak cili api + petai + maman .....dan banyak lagi. Hari raya ke 3, gi ziarah kat Melaka...gi rumah sahabat mertua di Pangkalan Balak (makan mee laksa sedap kat sana) dan pastu melawat anak buah...namanya CIPOT. Dia berkerja sebagai tukang masak dikedai makan Ikan Bakar TESCO Melaka. So apa lagi, jawapnya makan lagi...eheheh (rasanya boleh tahan juga..enak bah). Lepas makan, rondale kat pasarayatu...sekitar jam 3 pm, kami balik. Raya ke 4, free...dok kat umah aje...tunggu tetamu datang. Dan hari raya ke 5, adik ipar (Jimi) balik KL ...terus hantar apik kat KLIA. Raya ke 6, saya dan keluarga serta adik ipar (Ijam) g beraya kat rumah Abg.Dol (Semenyeh, Kajang) dan g rumah Abg.Fuaz kat Putrajaya....lepastu, kami gi M.Velly Super Market kat Bangsar. Saja aje, nak lepas gian gi KL....coz saya dan keluarga dah pindah ke Sabah dekat 2 tahun.

Tepat jam 6 pm...kami pun bergerak ke KLIA dan 9.50 mlm kamipun masuk untuk terbang ke KKIA...tepat jam 1 pagi kami tiba di KKIA dan ditunggu oleh abang saya iaitu Dahlan.Lepastu...saya hantar dia balik kat rumahnya di Taman Jambo dan saya meneruskan perjalanan untuk mengambil bibik kat Putatan dan terus balik ke Papar. Tepat jam 2 pagi kami tiba dirumah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan